Jika kau seteru
Pena ini pedang untukmu
Puisiku ini
Hanya racun dalam madu
Dan suaraku
Akan pasti menjadi guruh
Yang menyambar
Dan pastikan membakar
Rayon cintamu
Jika kau seteru
Laguku menjadi peluru
Pastikan meledak
Menembusi telinga itu
Layu bunga
Kerana kehilangan madu
Layu cinta
Tak dapat memenuhi hasrat rindu
Andainya engkau kekasihku
Penaku menjadi seruling
Menghembus irama rindu
Tanda kasih tak berpaling
Rayon palsu
Pasti akan lusuh...
...aahhh
Rayon
Berganti sutera sejati
...aahhh