Jika kau seteru Pena ini pedang untukmu Puisiku ini Hanya racun dalam madu Dan suaraku Akan pasti menjadi guruh Yang menyambar Dan pastikan membakar Rayon cintamu Jika kau seteru Laguku menjadi peluru Pastikan meledak Menembusi telinga itu Layu bunga Kerana kehilangan madu Layu cinta Tak dapat memenuhi hasrat rindu Andainya engkau kekasihku Penaku menjadi seruling Menghembus irama rindu Tanda kasih tak berpaling Rayon palsu Pasti akan lusuh... ...aahhh Rayon Berganti sutera sejati ...aahhh