Tulangkata - Abang lyrics

Published

0 289 0

Tulangkata - Abang lyrics

Abang Tolong sekejap diam, aku mahu jujur Sebelum abang hilang biar ibu tahu dulu Dalam doa maya orang tekan bait Orang dianiaya fatala fatwa tukang taip Kata kata tulangkata kata-kata tak bertulang Kaka kata tulangkata kata-kata tak bertulang Terbit ke buku diri bersenang-lenang Tapi pena tusuk kaki mana nak lenggang! Jalanku tersangkut jalan jalan ku tersangkut Dupa rupa ada parut orang nampak parut Jalanku tersangkut mulut-mulutku terkatup Dalam hati ada parut orang makan parut Jalanku dipandu doa, jalanku mengecut Ku tunduk patuh dek pesanmu aku dikejut Kakiku tongkah muka-muka yang beriku muka Orang yang bermuka akhirnya ku kasih rupa Haha Aku tiada tukar arah Azhar lina qaseh ada aku & hidayah Puisi itu aku versi aku ditolak tambah Jadi satu buku, wajah aku yang kau agah Ah Sesi koktel sudah waktu Lucutkan kemeja ateis Langit zulmat ikut aku Tergelincir dari basis Bulan pacak kaku bisu Perempuan malam mula narsis Aku insomnia Pegang pensil mula tulis Sekarang abang pandang muka yang tenang-tenang Ayah ibu sini pandang, abang nak tenang Cinta abang takkan lekang walaupun bayang menghilang Bila ayah ibu tenang barulah abang dikenang Sekarang abang pandang muka yang garang-garang Ayah ibu sini pandang, abang nak tenang Dalam kenang abang lekang kendati sejarah menopang Yang lalu sudah menggoncang, sekarang ibu jangan bimbang Abang bukan bimbang Nantikan abang hilang Bilik dah terang cukup ramai dah datang bertandang Aku masih tenang Doamu ku kenang Hati toh tenang cukup mamai toh tandang menerang Aku terus menang Dalam hatiku menang Ku malah senang hidupku tiada putih & hitam Aku terus senang Moga-moga ku senang Tuhan, ku canang doa jauh dari jiwaku legam Ayah Ibu Aku Aku Terus Aku Dari Chairil, Malique, Kendrick Aku tetap aku

You need to sign in for commenting.
No comments yet.