Di sudut mindaku Resah yang mengganggu Telah ku lontarkan jauh Hadirmu kekasih Penyeri sukma Nan gemilang Dan bermulah sinar Cinta sebenar cinta Bukan lagi ilusi Bukan khayalan mimpi Di persada naluriku Terpahat rasa syahdu Seiringan kita harungi Layarkan bahtera Demi ikatan kasih murni Azimat suci Sederasnya gelombang Kita rentasi bersama Doakan setulusnya Moga di restu segala Seharumnya mewangi Di halaman syurgawi Luruhkanlah kisah lama Sejarah silam Kita semaikan benih kasih Azimat suci