Mencakar campa calar terkujur
Manakan maut meliuk cempera
Mengeluh kelisah hampas gementar
Menjilat lidah kazab mu nafsi
Maharana mimpi marahi mentari
Renangi badi rempuhkan tari
Rantasan nadi santapan hati
Dendam kesumat, sampai mati
Hidup kerana kebangsatan
Dan mati kerana kebaruaan
Setua anggara betina malam
Setia barua apakala membaham
Cercaan berakah elusan mimpi
Biar adat kau cemari
Setia kau biarpun berdusta
Gah hamba biar durhaka
Hidup kerana kebangsatan
Dan mati kerana kebaruaan
Setua anggara betina malam
Setia barua apakala membaham