Aku datang mencari mu
Datang mengetuk pintu hati
Ku sirami benih bibit asmara
Ku genggam nadi, irama birahi
Terasa panas, mengalirnya darah
Cairkan gundah duka nestapa
Diciptanya api untuk membakar
Membakar perasaan Adam dan Hawa
Sejak azali du hatimu ku bertakhta
Ku pimpin tangan, ku belai hati mu
Ku bisik kata, syair nan indah
Aku cinta kepada mu!!!
Akulah nafsu, was-was nafsi
Akulah kekasih mu, akulah illusi
Takluki hati mu, cita nan satu!!!
Bukankah aku telah berjanji
Mencintaimu sepenuh jiwa
Bukankah aku telah berjanji
Menemani mu ke akhir hayat
Apa mahu mu? ku di beri kuasa cipta
Kuasa pembunuh, nikmat dan syorga
Asala kau setia, kitakan bersama
Layari bahtera menuju neraka!!!